HomeGaya HidupJangan simpan 5 makanan ini dalam peti sejuk!

Jangan simpan 5 makanan ini dalam peti sejuk!

TAHUKAH anda bahawa bukan semua jenis makanan sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk?

Hal ini kerana, ada sebilangan makanan yang berupaya menjadi ‘racun’ buat tubuh badan sekiranya tersilap cara penyimpanannya.
Jom ketahui 5 jenis makanan yang perlu elak disimpan dalam peti sejuk!

1) Bawang Putih

Jika anda sudah mengupas bawang putih, elak simpan dalam peti sejuk kerana akan mudah ditumbuhi kulat. Ia juga sering dikaitkan dengan penyebab berlakunya kanser.

2) Bawang Besar
Jangan memotong bawang bombay dan menyimpannya di peti sejuk. Hal ini kerana cecair dari bawang akan berubah menjadi gula dan seterusnya menjadi tempat tumbuhnya kulat.

3) Roti
Buat anda yang gemar menyimpan roti dalam peti sejuk, sila hentikan perbuatan itu! Hal ini kerana roti boleh menjadi racun apabila ia mengeras dengan cepat dan menyebab ia menjadi cepat basi sewaktu dipanaskan. Jika dimakan, roti yang telah disimpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan sakit perut dan cirit birit.
Sebaiknya anda simpan roti yang dibeli dalam bekas kedap udara pada suhu bilik, bukan dalam peti sejuk.

4) Halia
Kulat akan membiak dengan cepat apabila halia dibekukan semula. Kulat ini dikaitkan dengan risiko gagal ginjal dan hati. Oleh itu, disarankan untuk tidak menyimpan halia dalam peti sejuk.

5) Coklat
Menyimpan coklat di dalam peti sejuk sebenarnya tidak akan membuatnya tidak boleh dimakan, tetapi coklat akan menyerap bau makanan lain.
Ini boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan juga diarrhea. Oleh itu, lebih baik jika menyimpan coklat pada suhu bilik saja.

Sumber: CNN INDONESIA

Author

Pilihan Editor