HomeBeritaPelajar, murid dilarang guna 'energy stick' - KPM

Pelajar, murid dilarang guna ‘energy stick’ – KPM

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melarang penggunaan ‘energy stick’ dalam kalangan pelajar serta murid sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengekang perkara itu.

Susulan itu, KPM meminta ibu bapa serta pihak sekolah mengambil perhatian berkaitan isu berkenaan agar anak-anak mereka tidak terjebak dengan pengambilan ‘energy stick’ berkenaan.

“Kementerian Kesihatan telah pun ambil tindakan dan Kementerian Pendidikan menyokong apa sahaja tindakan yang diambil.

“Sebab itu saya nasihatkan kepada murid jangan ambil, tumpukan pada pendidikan dan jaga kesihatan. Luangkan masa dengan program berfaedah dan jangan mengambil (energy stick) kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan kita,” katanya seperti dilapor Kosmo pada Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Perpaduan Silang Budaya Dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian, di Seremban, hari ini.

Author

Pilihan Editor