HomeBeritaViralPemandu pacuan 4 roda baling besi sampai MPV polis terbabas

Pemandu pacuan 4 roda baling besi sampai MPV polis terbabas

TINDAKAN seorang pemandu kenderaan pacuan 4 roda yang melempar objek besi ke arah sebuah unit kereta peronda (MPV) polis, menyebabkan kenderaan pihak berkuasa itu terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berdekatan Taiping, Perak pada Isnin lalu.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 7.09 malam itu, MPV tersebut dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika mengejar kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu suspek.

Susulan kemalangan itu, kenderaan polis terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Ketika ini, video memaparkan aksi pemandu Toyota Hilux itu memandu secara berbahaya ketika dikejar pihak polis berlegar-legar di media sosial.

Difahamkan, anggota polis sudah pun memberi amaran sebanyak tiga kali menggunakan pembesar suara sebelum kejadian, namun ia tidak diendahkan suspek.

Foto (dikaburkan) memaparkan anggota polis mengalami kecederaan selepas nahas tersebut.- Foto: Media Sosial

Pada masa sama, foto tular memaparkan anggota polis yang menaiki MPV tersebut mengalami kecederaan ringan.

 

Media Variasi masih belum dapat memastikan sama ada suspek sudah pun ditahan pihak berkuasa selepas kejadian tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan pihak berkuasa dikeluarkan berhubung kejadian.

Author

Pilihan Editor