HomeBeritaViral‘Ruqyah pun ada soluble?’ - Netizen terkejut air rendaman ayat al-Quran jadi...

‘Ruqyah pun ada soluble?’ – Netizen terkejut air rendaman ayat al-Quran jadi jualan

TULAR di media sosial sebuah video memaparkan seorang individu melarutkan beberapa helaian kertas yang mengandungi tulisan ayat suci al-Quran ke dalam gelas berisi air kosong.

Video yang tular di aplikasi X itu memaparkan ayat suci al-Quran itu dikeluarkan daripada pek bertulis Ruqyah Paper.

Menjadi perhatian apabila di bahagian informasi pek terbabit turut ditulis kenyataan bahawa kertas terbabit boleh dimakan dan dicetak dengan menggunakan pewarna makanan.

Menerusi video itu, dipercayai bahawa tindakan individu terbabit melarutkan kertas mengandungi ayat al-Quran itu adalah untuk menjadikan ia air rendaman.

Video tersebut nyata menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya ‘geleng kepala’ akan penjualan produk demikian.

“Ni memang level jual agama ni,” komen netizen.

“Diorang tak fikir ke kalau buat camni mujarab, nabi tak payah susah-susah dakwah. Masuk je ruqyah paper dalam telaga zam zam auto beriman warga Makkah,” tulis warga net.

“Ingat panadol jer ada soluble. Ruqyah pun dah ada version soluble. Masyaallah. pasni ada apa pulak. muqaddam soluble?” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor