HomeBeritaViralSinggah gerai untuk buang makanan, 'aunty' berpayung kena halau

Singgah gerai untuk buang makanan, ‘aunty’ berpayung kena halau

SEORANG wanita warga emas bertindak membuang makanan yang dijual oleh seorang peniaga, dalam kejadian di sebuah gerai yang dipercayai terletak di Pantai Timur baru-baru ini.

Menerusi video tular, wanita yang dilihat memakai topi sambil membawa payung itu pada mulanya menuju ke gerai tersebut, sebelum membelek-belek beberapa bungkusan makanan dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Keadaan di lokasi kejadian kemudian bertukar menjadi tegang apabila wanita itu didakwa melempar dan membuang makanan terbabit.

Tindakan yang menyebabkan kerugian hasil jualan itu seterusnya menaikkan kemarahan peniaga gerai tersebut, sebelum wanita berkenaan dihalau jauh dari premis.

Tidak serik dengan perbuatannya, wanita itu kemudian kembali semula ke gerai tersebut pada keesokan harinya untuk melakukan perkara sama.

Namun, peniaga yang dilihat sudah bersiap sedia dengan kehadiran wanita tersebut terus menghalaunya, sebelum dia sempat membuang makanan di premis terbabit.

Turut berada di lokasi kejadian adalah suami dan anak-anak kepada peniaga tersebut, yang juga dilihat menggagalkan perbuatan wanita terbabit.

Tidak dapat dipastikan motif sebenar wanita itu bertindak sedemikian, namun dia dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan.

Author

Pilihan Editor