HomeBeritaWanita hamil 5 bulan kantoi ditangkap khalwat bersama lelaki bujang

Wanita hamil 5 bulan kantoi ditangkap khalwat bersama lelaki bujang

KULIM: Seorang wanita hamil lima bulan dtangkap berkhalwat dengan pasangannya lelaki bujang di rumah sewa  di Kulim Hi -Tech tengah malam tadi.

Pasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), menerima aduan berhubung perkara tersebut pada 12.06 tengah malam sebelum membuat serbuan terhadap pasangan tersebut.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pihak berkuasa mengetuk pintu dan memberi salam hampir enam minit sebelum pintu dibuka wanita berusia 27 tahun itu dan kemudian membenarkan mereka masuk ke dalam rumah berkenaan.

Katanya lagi, pihaknya menemukan seorang lelaki di sebuah bilik di rumah dan selepas disoal siasat, ternyata mereka bukanlah suami isteri atau mahram, lapor Harian Metro.

“Wanita itu bekerja di Kulim, manakala suaminya pula bekerja di Ipoh, Perak dan mereka dipercayai baru tujuh bulan berkahwin.

“Bagaimanapun, kesempatan tinggal berjauhan itu diambil oleh wanita berkenaan ketika suaminya tiada di rumah untuk membawa lelaki itu tinggal bersamanya,” katanya.

Pasangan tersebut difahamkan sudah setahun berkenalan di tempat kerja yang sama. 

Anwar Saifudin berkata, lelaki berusia 28 tahun tersebut memberi alasan hanya sekadar singgah sekejap di rumah wanita itu, namun berdasarkan penemuan pakaian yang banyak, lelaki tersebut dipercayai sudah tinggal lebih beberapa hari di situ. 

Mereka telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan bagi tujuan laporan dan keterangan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Author

Pilihan Editor