PASTI ramai yang gemar menikmati hidangan nasi putih dengan kicap bagi mendapatkan kepuasan yang enak.
Malah, kicap juga adakala menjadi sebahagian bahan penting dalam masakan.
Bagaimanapun, anda pasti trauma sekiranya menemukan sesuatu yang ‘bukan-bukan’ dalam kepekatan kicap berwarna hitam itu.
Baru-baru ini, tular di laman X seorang wanita memuat naik foto bangkai cicak yang didakwa ditemui di dalam botol kicap.
“Pada peminat kicap, kalau boleh lepas beli tu tapislah dulu dan masukkan dalam botol lain.
“Ini dijumpai oleh kakak saya dalam botol kicap dia,” tulisnya.
Menerusi foto itu, kelihatan kira-kira enam ekor bangkai cicak yang diselaputi kicap.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan jadi lebih berjaga-jaga dalam penggunaan kicap.
“Keluar pula news ni, aku tengah makan nasi dengan ayam masak kicap,” komen netizen.
“Aku ni dah la penggemar kicap, lepas tu cicak pula binatang yang aku paling geli,” tulis warga net.
“Serius ke ni? Aku dah la pakai kicap kat semua benda. Puasa kicap la nampaknya,” ujar seorang lagi pengguna X.
“Ni kira okey. Makcik pernah kena yang dah kering ya. Tinggal tulang je,” kongsi netizen.