HomeBerita2 penumpang maut, 2 cedera parah bas persiaran terbalik di Karak

2 penumpang maut, 2 cedera parah bas persiaran terbalik di Karak

 

BENTONG: Polis mengesahkan dua penumpang maut dalam kejadian sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian turut menyebabkan dua penumpang cedera parah dan 11 orang mengalami kecederaan.

“Dua mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga asing nanakala seorang lagi adalah wanita yang belum dikenal pasti identiti.

“Mangsa yang cedera parah pula adalah pemandu lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga tempatan manakala 11 lagi cedera,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo!.

Menurutnya, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Katanya, berdasarkan siasatan awal bas berkenaan yang membawa 20 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

BERITA BERKAITAN

Lebuh raya KL-Karak sesak, bas persiaran bawa 16 penumpang terbalik

Author

Pilihan Editor