HomeBeritaBayaran zakat fitrah di Perlis kekal RM7

Bayaran zakat fitrah di Perlis kekal RM7

CYBERJAYA: Bayaran zakat fitrah di negeri Perlis kekal ditetapkan dengan kadar RM7.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor berkata, kadar itu sudah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Kadar zakat fitrah negeri Perlis pada Ramadan tahun ini adalah sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan dan yang menggunakan beras import ditetapkan dengan kadar RM10.

“Selain itu, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluarannya adalah sebanyak satu gantang Nabawi seorang yang bersamaan 2.6 kilogram,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, bayaran zakat fitrah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang ditetapkan bermula dengan kadar RM7.

Sementara itu, zakat fitrah di Terengganu ditetapkan dengan kadar tidak kurang daripada RM10.

Author

Pilihan Editor