HomeSukanCryptoDATA RNF akan mulakan proses undang-undang terhadap MotoGP

CryptoDATA RNF akan mulakan proses undang-undang terhadap MotoGP

PENGARAH RNF Racing Ltd dan CEO CryptoDATA, Ovidiu Toma, mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan keputusan untuk memulakan prosiding undang-undang formal terhadap DORNA Sports S.L. dan Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA).

Menurut laporan Crash.net, CryptoDATA mendakwa bahawa mereka belum menerima jumlah pembayaran yang penuh untuk tempat grid MotoGP yang sebelum ini dimiliki oleh pasukan RNF (yang kini diambil alih oleh Trackhouse).

“Dorna bersetuju untuk membayar kami harga yang agak tinggi untuk menjual pasukan kami… Namun, mereka hanya membayar separuh.

“Sekarang kami akan membawa perkara ini ke mahkamah di Switzerland dan Sepanyol. Kami akan melihat apa yang diputuskan oleh hakim. Tuntutan ini bernilai kira-kira 10 juta euro.”

Kenyataan hari ini, yang diwakili oleh ‘RNF Racing Ltd’, di mana CryptoDATA telah membeli pegangan kawalan sebanyak 60 peratus daripada Razlan Razali pada akhir 2022 dan mendakwa bahawa terdapat pelanggaran serius terhadap obligasi kontrak dan penglibatan dalam amalan anti-persaingan.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk memulakan prosiding undang-undang formal tidak bermakna prosiding undang-undang sedang berlangsung dan tujuan utama kenyataan itu mungkin hanya untuk mencuba memperoleh respons.

 

Author

Pilihan Editor