HomeBeritaIbu nekad ke balai bomba, jari anak terlekat pada bekas sudu

Ibu nekad ke balai bomba, jari anak terlekat pada bekas sudu

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dikejarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis kerana jari telunjuknya terlekat pada bekas sudu logam pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa oleh ibunya, Norlizawati Harun ke BBP Kuala Lipis setelah pelbagai usaha mengeluarkan jari anaknya gagal ketika di rumah mereka di Kampung Relong, Padang Tengku.

Difahamkan jari telunjuk milik kanak-kanak itu sudah bengkak kerana agak lama terlekat pada bekas sudu yang berlubang-lubang diperbuat daripada logam.

Haslizan berkata, anggota bomba bertugas terpaksa mengerat bekas sudu itu dengan berhati-hati kerana bimbangi akan mencederakan jari kanak-kanak tersebut. 

“Jari kanak-anak ini berjaya dilepaskan daripada bekas itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang ke rumah bersama ibunya,” katanya.

Ibunya Norlizawati berkata-kata, dia sedar akan kejadian tersebut kerana terdengar jeritan anaknya yang pada waktu itu sedang bermain-bermain dengan beberapa alat permainan termasuk bekas sudu itu.

“Saya cuba melepaskan jari telunjuk anak saya daripada bekas itu tapi tidak berjaya di samping jari anak saya mula membengkak.

“Oleh itu, tanpa ada ikhtiar lain, saya terus membawa anak saya ke BBP Kuala Lipis untuk mendapatkan bantuan, saya berterima kasih kepada anggota bomba yang membantu melepaskan jari anak saya,” katanya lapor Buletin TV3.

Author

Pilihan Editor