HomeGaya HidupKetahui 5 petua cegah tumpahan sisa makanan dalam ketuhar

Ketahui 5 petua cegah tumpahan sisa makanan dalam ketuhar

PASTI anda pernah mengalami situasi yang mengecewakan seperti kebocoran minyak atau tumpahan sisa masakan dalam ketuhar selepas berhempas-pulas ketika memasak.

Situasi tersebut bukan sahaja memenatkan, malah mungkin akan memburukkan keadaan apabila menggunakan teknik pembersihan yang salah. 

Justeru, berikut ialah lima petua mencegah tumpahan makanan dalam ketuhar yang boleh anda praktikkan bagi menjamin kebersihan dapur.

  1. Gunakan kerajang aluminium

Aluminium berkesan untuk mengelakkan tumpahan sisa makanan di dalam ketuhar. Caranya adalah melapik rak bawah ketuhar dengan kepingan kerajang aluminium (aluminium foil). Tujuan untuk mengelakkan sebarang sisa makanan menitis dari atas. Cara kedua ialah menutup terus makanan menggunakannya. Dengan berbuat demikian, makanan secara automatik akan kekal di tempatnya dan tidak bocor.

2. Gunakan dulang pembakar alternatif

Anda juga boleh menggunakan dulang pembakar sebagai pengganti kerajang aluminium. Selain fungsinya yang agak sama, ia memberi kesan lebih untuk memerangkap sisa makanan jenis hidangan yang berat. Contoh hidangan yang sesuai adalah seperti lasagna atau puding.

3. Elakkan memasak kuantiti banyak dalam satu masa

Satu lagi perkara yang kebanyakan kita sering lakukan adalah memasak dengan kuantiti banyak dalam satu masa. Mungkin cara itu menjimatkan masa, namun ia akan memberi kesan kepada proses memasak dan meningkatkan kemungkinan tumpahan sisa makanan.

4. Gunakan pelapik ketuhar

Pelapik ketuhar ialah pelapik tahan panas yang boleh anda letakkan di dalam ketuhar anda. Caranya, letakkan di bahagian bawah ketuhar bagi memudahkan menangkap sebarang serbuk makanan atau percikan gris. Jika anda tidak dapat mencari pelapik ketuhar, anda juga boleh menggunakan dulang biskut.

5. Bakar pada suhu yang betul

Memasak pada suhu yang betul adalah penting. Selalunya, kita mengabaikan suhu yang disebutkan dalam resipi dan menyesuaikannya mengikut kehendak kita. Kita mungkin juga tidak melakukan pemanasan awal. Oleh itu, sentiasalah ikut garis panduan suhu resipi, dan jika anda ingin melaraskannya, pastikan yang anda sentiasa pantau ketuhar dengan teliti semasa memasak.

 

Author

Pilihan Editor