HomeBeritaLebuh raya KL-Karak sesak, bas persiaran bawa 16 penumpang terbalik

Lebuh raya KL-Karak sesak, bas persiaran bawa 16 penumpang terbalik

BENTONG: Kira-kira seramai 16 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran yang mereka naiki hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7:45 pagi, ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke arah Kuantan dengan membawa 16 penumpang termasuk empat warga asing.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal lima penumpang mengalami kecederaan.

“Terdapat tiga lelaki dewasa cedera dan dua perempuan dewasa cedera termasuk seorang perempuan yang tersepit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Bentong,” katanya lapor Kosmo.

Namun setakat laporan ini ditulis, jumlah mangsa yang terkorban masih belum dapat  dipastikan.

Sementara itu pengguna lebuh raya KLK menghala ke Timur terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas lebih satu jam susulan kejadian.

Author

Pilihan Editor