HomeBeritaMahkamah & JenayahLima suspek ditahan reman 7 hari kes polis maut dipukul

Lima suspek ditahan reman 7 hari kes polis maut dipukul

KAJANG: Seramai lima lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes pukul seorang anggota polis sehingga maut di sekitar Taman Impian Indah, dekat Balakong, di sini pada kira-kira jam 10 malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kesemua lelaki tempatan yang berusia antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mahkamah turut membenarkan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac depan bagi kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hussein berkata, bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa mendapati punca kematian ialah ‘blunt force trauma to the head’.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asistan Superintendan Mohd Afiq Farhan Mohd Nor melalui talian 012-2446768.

Terdahulu, Hussein mengesahkan, individu yang ditemukan maut kira-kira jam 3 pagi Sabtu dipercayaiakibat dipukul di Taman Impian Indah merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.

 

Author

Pilihan Editor