“Saya adalah duta syarikat itu. Kenapa saya bersetuju untuk buat content itu kerana ia hanyalah berkontekskan ‘marketing’ (pemasaran) saja.
“Semua adalah rekaan semata-mata, termasuk nama, umur dan lain-lain,” katanya menerusi hantaran video di TikTok miliknya.
Sedar akan keterlanjuran dirinya, namun Lola berharap agar netizen faham penghasilan video itu hanyalah sekadar content pemasaran yang sudah dirancang.
“Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana.
“Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan,” katanya.
Lola berkata, dia enggan memanjangkan lagi isu berkenaan dan mengambil keputusan untuk memaafkan netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya.
“Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian walaupun video penjelasan ini sudah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, video tular itu memaparkan Lola ditemu bual seorang lelaki dan mengakui dia mula mengunjungi kelab malam sejak berusia 18 tahun.
Pada masa yang sama, Lola juga berkongsi pengalamannya yang sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali pulang ke rumah.
Pendedahan itu menerima kritikan seluruh warganet, dikatakan content tersebut mengaibkan empunya badan serta tiada nilai moral yang sesuai dipertontonkan untuk umum.