HomeBeritaMARA perluas program TVET di pusat tahfiz

MARA perluas program TVET di pusat tahfiz

CYBERJAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperluas tawaran pelbagai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, seramai 558 pelajar tahfiz sedang mengikuti 67 program TVET di pelbagai institusi MARA ketika ini.

“Yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun insya-Allah, MARA tidak akan biarkan mereka tercicir. GiatMARA boleh bantu untuk tawarkan tempat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Tangkap layar hantaran Asyraf Wajdi di laman Facebook.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilapor memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan tiga kursus baharu di bawah program TVET.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia termasuk program TVET Tahfiz yang bertujuan untuk meluaskan peluang kerjaya kepada pelajar di sekolah tahfiz.

Menurutnya, Dasar TVET Negara pertama akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan Jun tahun ini.

Author

Pilihan Editor