HomeNiagaMira Filzah dilantik duta Cetaphil

Mira Filzah dilantik duta Cetaphil

PELAKON dan usahawan terkenal, Mira Filzah dilantik sebagai duta jenama Cetaphil bagi tahun ini.

Sebagai duta, beliau akan berperanan sebagai figura inspirasi yang mendorong golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur, untuk menjadikan penjagaan kulit sebagai rutin harian.

Ia juga merupakan komitmen Cetaphil untuk menangani masalah kulit serta mendapatkan kulit yang sihat dan berseri.

Menurut Pengurus Galderma Malaysia, Cindy Tiu, Mira dipilih sebagai selebriti tempatan ideal bagi jenama tersebut, yang mana kandungannya dihasilkan oleh pakar dematologi terpilih.

“Kami sangat teruja untuk menyambut kehadiran Mira Filzah ke dalam keluarga Cetaphil sebagai duta jenama kami untuk tahun ini.

“Dengan sejarah Cetaphil yang kaya berteraskan kepakaran dermatologi, kami melihat Mira sebagai selebriti yang ideal bagi jenama kami,” katanya.

Kempen ‘30 Hari Kulit Sihat Raya Berseri’ bersama Cetaphil berlangsung sepanjang bulan Ramadan.

Author

Pilihan Editor