HomeBeritaPembangkang sudah terima draf peruntukan ahli Parlimen

Pembangkang sudah terima draf peruntukan ahli Parlimen

 

KUALA LUMPUR: Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan perkara tersebut ketika sidang Dewan Rakyat, semalam.

“Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.

“Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu,” katanya ketika mencelah penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Beliau bagaimanapun menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Rentetan itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Bukit Larut bangkit membidas kenyataan Saifuddin Nasution mengenai pemimpin harus memaafkan.

“Saya sokong sangat apa Yang Berhormat sebut, bila jadi pemimpin, kita harus memaafkan apa sahaja yang kurang baik.

“Sebab hari ini saya nampak dia (Anwar) nak memaafkan tetapi yang jadi macam menzalimi kepada pembangkang.

“Jangan kita mengangkat seseorang itu tanpa melihat tindakan yang dilakukan, jangan sehingga menimbulkan polemik di negara bahawa pemimpin ini cakap tak serupa bikin,” ujarnya. – Sinar Harian

Author

Pilihan Editor