HomeBeritaSarjana Islam Eropah usul Malaysia rangka strategi tentang Islamofobia

Sarjana Islam Eropah usul Malaysia rangka strategi tentang Islamofobia

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa, pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia untuk mengambil inisiatif merangka strategi berkesan bagi menentang Islamofobia.

Menurut Anwar, perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah di Berlin, Jerman pada Khamis.

Antara yang terlibat adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (Cermom).

“Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya peranan sarjana dan cabaran baharu dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Anwar berkata, turut dibincangkan pada pertemuan itu adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan budaya tersebut terutamanya di Barat.

“InsyaAllah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya.

Beliau kini dalam lawatan rasmi ke Jerman selama enam hari mulai 11 Mac lalu.

 

Author

Pilihan Editor