HomeBeritaViralSedekah atau buang lebihan makanan yang mana lebih afdal?

Sedekah atau buang lebihan makanan yang mana lebih afdal?

SERING menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat mengenai lebihan makanan jualan sepatutnya dibuang atau sedekah kepada yang memerlukan.

Khususnya di bulan puasa ini terdapat pelbagai jenis aneka jualan makanan dan minuman dijual di bazar Ramadan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi X memaparkan sekumpulan peniaga membuang air berperisa ke dalam tong yang disediakan.

https://twitter.com/bckupacc99/status/1769228343130706099?s=46&t=V_9IzGtb3-hhfPhmWtwJHg

Difahamkan, video tersebut merupakan tatacara sistem pembuangan lebihan makanan yang diamalkan di bazar Putrajaya.

Menerusi video tular itu, pelbagai perdebatan timbul dalam kalangan netizen. Ada yang menyatakan tindakan itu adalah satu pembaziran, seharusnya lebihan minuman tersebut disedekahkan di masjid atau kepada yang memerlukan.

“Dari buang why not sedekah? Tak pun bungkuskan bagi dekat masjid atau surau,” tulis salah seorang pengguna di laman X.

Hal ini kerana umum sedia maklum bahawa amalan sedekah adalah lebih afdal di bulan puasa.

Namun begitu, menurut pandangan seorang pengguna di laman X yang dikenali sebagai Rick berkata, lebihan makanan tidak wajar disedekahkan kerana khuatir penerima terdedah kepada keracunan makan.

Selain itu, menurutnya adab bersedekah sepatutnya memberikan makanan yang baharu dan bukanlah saki-baki makanan.

Tambahnya lagi, amalan itu  dianggap seperti melepaskan beban pembaziran makanan kepada pihak ahli jawatankuasa masjid yang mana mereka pula akan membuang lebihan makanan.

Author

Pilihan Editor