HomeGaya HidupSelain elak bernafas melalui mulut, ini lagi 3 petua otak kekal aktif...

Selain elak bernafas melalui mulut, ini lagi 3 petua otak kekal aktif ketika puasa

KURANG dua minggu lagi umat Islam seluruh dunia dijangka bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Pada bulan mulia itu, pahala umat Islam dilipatgandakan menyebabkan kebanyakannya mengambil peluang tersebut bagi merebut dan meningkatkan amal kebaikan.

Namun, tidak dinafikan ibadat puasa pada bulan itu ada kalanya menjadikan seseorang letih dan tidak bermaya.

Masakan tidak, ibadat puasa menuntut umat Islam supaya menahan diri daripada lapar dan dahaga sehingga waktu berbuka apabila berkumandangnya azan Maghrib.

Tambahan pula, aktiviti rutin yang dilakukan pada setiap hari sudah pasti menjadi satu kemestian untuk dilaksanakan ketika Ramadan.

Ini termasuk kerja-kerja berat dan aktiviti yang memerlukan kecergasan  otak.

Menurut pengamal perubatan, Dr Rizal Abu Bakar, otak manusia tidak dapat berfungsi dengan sangat aktif terutama di tempat kerja ketika berpuasa.

“Kadangkala nak buat kerja pun terasa liat. Mata ni bertongkatkan harapan demi mencari sesuap nasi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Prihatin dengan kesihatan orang ramai ketika Ramadan, Dr Rizal tampil memberi petua bagi mengaktifkan semula otak manusia supaya berfungsi dengan optimum.

1. Amalkan ketara sedar atau ‘mindfulness

Perlukan 10 minit untuk mengosongkan minda. Rasai ‘present moment’.

Sewaktu bekerja, jangan ‘overwork yourself‘ atau terlebih bekerja. Ambil masa untuk merehatkan minda.

2. Bernafas dalam melalui hidung

Elakkan bernafas melalui mulut. Tambah bulan puasa ini nanti bau ‘harum’ semerbak.

Ia juga boleh buatkan mulut terasa haus dan kering.

Apabila bernafas melalui hidung, orang ramai akan merasai oksigen memasuki dan memenuhi ruang tubuh.

Kajian mendapati, bernafas melalui hidung kiri akan membantu mengaktifkan otak kanan.

3. Semasa bernafas, pasakkan kata-kata positif dalam diri

Tanamkan dalam minda ‘push factor’ yang membuatkan diri terus bersemangat.

Aura positif mampu untuk mengubah keadaan dan suasana.

4. Cuba ‘gimnastik mental’

Ia perlu dilakukan untuk merangsang kembali sel-sel otak tepu.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti kuiz dan teka silang kata.

 

Author

Pilihan Editor