HomeBeritaTiada isu salah guna, curi identiti pemilik e-LMM

Tiada isu salah guna, curi identiti pemilik e-LMM

CYBERJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan, tiada unsur penyalahgunaan sistem atau kecurian identiti dalam isu paparan gambar pemilik Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan, kejadian tersebut berlaku ketika pasukan teknologi maklumat melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem yang dibuat secara berkala bagi memastikan kelestarian sistem MyJPJ.

“Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang berlainan dengan maklumat pemilik sebenar.

“Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan serta merta,” katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, JPJ memberi jaminan tiada sebarang unsur penyalahgunaan sistem serta kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu berlaku.

“JPJ akan sentiasa menambah baik sistem dari semasa ke semasa bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Author

Pilihan Editor