HomeBerita17 jam hilang di Gunung Nuang, pendaki akhirnya ditemukan mati lemas

17 jam hilang di Gunung Nuang, pendaki akhirnya ditemukan mati lemas

HULU LANGAT: Selepas kira-kira 17 jam dilaporkan hilang, seorang pendaki lelaki akhirnya ditemukan maut akibat terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berusia 36 tahun itu dijumpai kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, sekitar jam 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, Ahmad Mukhlis sebelum ini berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam semalam.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terpaksa dihentikan sementara, malam semalam, sebelum disambung semula pada jam 10.15 pagi tadi.

Selain itu, operasi sama turut dijalankan hingga ke Air Terjun Bomoh Ali, dengan jarak keseluruhan pencarian meliputi tujuh kilometer, lapor Berita Harian.

Author

Pilihan Editor