HomeHiburanBekas kumpulan Dolla, Syasya sah bergelar isteri

Bekas kumpulan Dolla, Syasya sah bergelar isteri

NAMA bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal kembali meniti di bibir  berikutan tular satu foto dirinya berbaju sedondon putih di samping seorang lelaki di dalam sebuah masjid.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, peminat percaya gambar tersebut diambil selepas pasangan tersebut sah bergelar suami isteri.

“Congratulations once again Syasya and husband.

“I’m so happy for you. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada your husband, please jaga Syasya kita orang baik-baik ok. iDOLLA love her and miss her so much,” tulis akaun berkenaan.

Wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia bagaimanapun tampil mengesahkan Syasya sudah selamat bergelar isteri pada Sabtu lalu.

“Benar Syasya sudah berkahwin pada Sabtu.

“Ini juga antara faktor utama kenapa dia pilih untuk tidak lagi bersama Dolla,” kata wakil syarikat berkenaan kepada mStar pada Ahad.

Pengumuman tersebut dibuat selepas tular foto pernikahan Syasya bersama seorang jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Difahamkan majlis pernikahan tersebut berlangsung pada Sabtu di sebuah masjid dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat pasangan tersebut

Namun setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh penyanyi tersebut.

Meninjau akaun Instagram Syasya, rata-rata peminat mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah di atas perkahwinan tersebut.

“Tahniah Syasya. Semoga Allah sentiasa jaga awak dan sayang awak sebab awak pilih jalan hidup yang baik,” ucap Hannah Ibrahim.

“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga jannah, murah rezeki dan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah,” kata Sara Zaza.

“Betul sangkaan saya mesti bertemu jodoh yang tepat dan berubah jadi lebih baik untuk kehidupan seterusnya. Love dikk,” ujar Hasham Sham.

Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat dengan mengumumkan pengunduran diri daripada Dolla atas alasan peribadi.

Author

Pilihan Editor