HomeBeritaBertugas ketika Aidilfitri, anggota PDRM perlu terus berjuang demi negara

Bertugas ketika Aidilfitri, anggota PDRM perlu terus berjuang demi negara

TAN Sri Razarudin Husain mengingatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas ketika perayaan Aidilfitri, untuk meneruskan perjuangan demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Hal ini kerana Ketua Polis Negara itu berkata, segala khidmat bakti yang dicurahkan pasti memberi imbalan yang terbaik dari Allah SWT di akhirat kelak.

“Tidak putus doa dan harapan jua buat saudara kita yang berada di Palestin.

“Mereka ini dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan serta cengkaman oleh musuh Islam.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada mereka pada hari kemenangan ini,” katanya menerusi ucapan Aidilfitri di laman Facebook rasmi PDRM pada Rabu.

Pada masa sama, Razarudin turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga PDRM serta seluruh umat Islam.

Beliau mengingatkan supaya meraikan kemenangan dengan saling bermaafan dan menguatkan kembali jalinan silaturahim.

Author

Pilihan Editor