HomeBeritaDBKL keluarkan 82 kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan

DBKL keluarkan 82 kompaun terhadap peniaga bazar Ramadan

CYBERJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 82 kompaun dan notis  terhadap 2,404 peniaga bazar Ramadan berhubung pengendalian makanan yang tidak memuaskan sekitar ibu negara. 

DBKL dalam kenyataan di Facebook berkata, sehingga 29 Mac, sebanyak 1,060 jenis sampel makanan diambil Unit Kualiti Makanan JKAS dari pelbagai bazar untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Hasil analisis mendapati sejumlah 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadan terdapat pelanggaran atau tercemar oleh kuman.

“Kehadiran bakteria ini berkait rapat dengan proses penyediaan makanan yang kurang bersih, masakan yang tidak sempurna dan kebersihan diri pengendali makanan yang kurang memuaskan,” menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan itu.

DBKL turut memaklumkan, kompaun dan notis dikeluarkan kerana melanggar Seksyen 6(1) Undang-Undang Pengendalian Makanan WPKL (1979), iaitu makanan kotor atau mengandungi bahan asing.

Hasil analisis mendapati sejumlah 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadan terdapat pelanggaran atau tercemar oleh kuman.

“Tiga ‘strain bakteria’ utama dilakukan pemeriksaan iaitu E.Coli, Coliform dan Staphylococcus yang merupakan petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan disiapkan.

“Kebanyakan amaran dan notis dikeluarkan atas kesalahan tidak mengambil suntikan vaksin tifoid dan diletakkan mengikut Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (1979) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL (2016),” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, amaran turut diberikan kepada peniaga terbabit supaya lebih menjaga kebersihan dan keselamatan makanan seperti memastikan makanan tidak lama terdedah dan ketulan ais tidak di letak di atas lantai atau jalan.

Sementara itu, peniaga turut diingatkan supaya menggunakan bahan yang mudah terurai, memilih makanan yang bersih, sihat dan selamat dan pembeli digalakkan membawa bekas sendiri.

Author

Pilihan Editor