CYBERJAYA: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke program World Quran Hour 2024 di Masjid Negara, hari ini.
Menerusi perkongsian daripada Facebook Sultan Ibrahim Iskandar Shah, World Quran ini dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).
Penganjuran kali kesembilan itu, mengangkat Surah Al-Jumu’ah menjadi surah pilihan bagi tahun ini, sebagai panduan untuk tema ‘Ummah Grand Reset Kesatuan & Transformasi Sosial’.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, panduan daripada Surah Al-Jumu’ah adalah model bagi menbina kesatuan dan transformasi sosial ummah yang kuat dan jitu.
Katanya, kerangka fikir yang dibawa dalam Surah Al-Jumu’ah perlu dipasakkan dalam diri pemimpin, agamawan dan ummah keseluruhannya.
Antara yang turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.