HomeGlobalWanita cantik ditampar, diludah selepas hina muka lelaki macam 'alien'

Wanita cantik ditampar, diludah selepas hina muka lelaki macam ‘alien’

KERANA pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Demikian situasi yang sesuai digambarkan kepada seorang wanita, selepas didapati tidak menjaga tutur kata seterusnya mengakibatkan musibah buat diri sendiri.

Menerusi video tular berdurasi 25 saat itu, wanita berambut panjang dan mengenakan baju serba merah tersebut pada mulanya mengeluarkan kata-kata kesat ke atas seorang lelaki, yang dipercayai sedang mengadakan temu janji bersama teman wanitanya.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran itu, wanita berkenaan difahamkan tidak menyenangi kehadiran pasangan kekasih tersebut yang duduk di belakang mejanya.

Bukan itu sahaja, wanita bermulut celupar tersebut sempat menyifatkan rupa paras si lelaki tidak ubah seperti makhluk asing, sekali gus mencabar kesabaran lelaki berkenaan.

Terasa diri dihina, lelaki tersebut segera bangkit dari tempat duduknya sebelum bertindak menampar muka wanita berkenaan sebanyak beberapa kali sebagai satu pengajaran.

Wanita itu yang tidak terdaya melawan hanya mampu menutup dan melindungi kepala dengan tangannya.

https://twitter.com/Cool_Wannabe82/status/1777158620339445783

Lebih teruk, lelaki itu turut meludah pada muka wanita berkenaan, sebelum dipujuk dan dileraikan oleh kekasihnya untuk beredar dari lokasi kejadian.

Namun, lelaki tersebut sempat datang semula ke meja wanita terbabit dan menamparnya sebanyak dua kali sebelum meninggalkan lokasi.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian namun ia dipercayai berlaku di negara jiran, berdasarkan bahasa yang digunakan kesemua individu di dalam video terbabit.

 

 

 

Author

Pilihan Editor