HomeBerita‘Setiap pohon dipotong, 100 pokok wajib ditanam semula’

‘Setiap pohon dipotong, 100 pokok wajib ditanam semula’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya 100 pokok wajib ditanam bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di laman X, Perdana Menteri memaklumkan, beliau telah memberikan arahan tersebut kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Saya telah memberi arahan kepada Datuk Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah menebang semua pokok yang berisiko tinggi dengan segera oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.

Pada Selasa, Zaliha dilaporkan berkata, DBKL turut diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL juga perlu memperincikan program penggantian semula pokok termasuk dengan meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” kata Zaliha.

Author

Pilihan Editor