HomeSukanAmirul Afiq bakal wakil Malaysia dalam Kejohanan SWS Antarabangsa

Amirul Afiq bakal wakil Malaysia dalam Kejohanan SWS Antarabangsa

PETALING JAYA: Juara SWS Sprint Cup Malaysia 2023, Amirul Afiq, bakal mewakili negara dalam acara perlumbaan Go-Kart SWS International Finals 2024 yang akan berlangsung di Belgium pada Julai tahun ini.

Perlumbaan edisi ke-12 itu akan memaparkan litar sepanjang 1.36KM dan menyambut lebih daripada 400 pemandu selama 4 hari persaingan, yang akan bermula dari 3 Julai hingga 6 Julai 2024.

Kejohanan SWS International Finals tersebut juga dilihat bantu meningkatkan bakat-bakat tempatan ke peringkat antarabangsa, seperti Jason Siew dan Leona Chin.

“Kami teruja melihat Amirul membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa,” kata Genji Hashimoto, pengasas Amprex Circuit Sdn Bhd. “Kejayaannya adalah bukti pertumbuhan karting di Malaysia dan peluang yang kami cipta untuk peminat mengejar minat mereka.” Katanya lagi.

Syarikat tersebut juga berperanan dalam pembangunan aktiviti Go-Kart seperti Morac Adventure Park di Langkawi dan Morac Go Kart Track di Petaling Jaya.

Author

Pilihan Editor