HomeBeritaPolitikBN timbang letak calon di Nenggiri - Zahid

BN timbang letak calon di Nenggiri – Zahid

PUTRAJAYA: Barisan Nasional mungkin akan meletakkan calon mereka sekiranya pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi DUN Nenggiri di Kelantan, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, meningatkan bahawa calon Barisan hanya kalah dengan margin 800 lebih undi dalam pilihan raya negeri sebelumnya.

“Kami adalah pihak yang kurang diberi peluang di sana, tetapi kami tetap akan bersedia untuk sebarang kemungkinan pilihan raya kecil,” kata Beliau.

Ahmad Zahid berkata walaupun Barisan menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk mengisytiharkan kerusi kosong, keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah mengenai status kerusi Nenggiri juga mesti dihormati.

“Terdapat pandangan dan pendapat berbeza yang dikemukakan oleh penganalisis politik dan pengamal undang-undang mengenai perkara ini. Pendirian kami adalah untuk mahkamah membuat keputusan.” Beliau berkata lagi.

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada Ogos tahun lepas, calon Bersatu Mohd Azizi Abu Naim telah memenangi kerusi Nenggiri di bawah tiket PAS, mengalahkan calon Barisan Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

Author

Pilihan Editor