HomeBeritaGreen Summer Volunteer Campaign, 50 mahasiswa ke Vietnam

Green Summer Volunteer Campaign, 50 mahasiswa ke Vietnam

PUTRAJAYA: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, merasmikan majlis ‘Flag-Off’ Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSCV) 2024, di Putrajaya hari ini.

Seramai 50 mahasiswa dipilih daripada beberapa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarelawan selama sebulan di beberapa lokasi tertentu di Vietnam.

Menurut beliau, pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan untuk dilaksanakan oleh kumpulan mahasiswa ini, termasuk membina rumah persahabatan, menaik taraf jalan, baik pulih taman permainan, landskap kawasan komuniti, penyediaan kawasan pembuangan sampah, dan menanam pokok.

Mereka dijangka lepas ke Vietnam hari ini dan akan pulang pada 9 Ogos 2024. Mereka juga akan menetap dan melaksanakan aktiviti yang selaras dengan objektif program tersebut di beberapa lokasi pendalaman tertentu seperti Thoi An Ward, Phuoc Loc Commune, Tan Nhut Commune, dan An Nhon Tay.

 

Author

Pilihan Editor