HomeBeritaJBSN, Think City gerak golongan belia

JBSN, Think City gerak golongan belia

PUCHONG: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menggesa agensinya Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bekerjasama dengan Think City, sebuah syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, dalam usaha memperkasa belia ke arah gaya hidup positif.

Beliau berkata initiatif tersebut akan melihat kedua-dua organisasi itu turun ke kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk reka program-program khas untuk golongan belia.

Menurut beliau, Sidang Anak Muda Kita-Untuk-Kita (K2K) yang dilancarkan oleh beliau  bertepatan dengan objektif tersebut, turut membincangkan isu-isu sosial dan keperluan kawasan rekreasi di PPR, serta menekankan pentingnya data untuk memahami dan menyelesaikan masalah belia di kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran K2k, di Wisma LKIM Puchong, pada Jumaat.

 

 

 

Author

Pilihan Editor