HomeBeritaKadar hutang Malaysia menurun

Kadar hutang Malaysia menurun

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan dapat mengurangkan lagi kadar hutang negara kepada RM86 bilion tahun ini.

Beliau berkata kerajaan sedang mengambil langkah-langkah berhemat untuk memastikan perbelanjaan hanya digunakan apabila perlu, seperti untuk pembangunan atau melunaskan hutang sedia ada.

Beliau menekankan kepentingan untuk menutup potensi kebocoran kewangan dan bagi pembayar cukai untuk menunaikan kewajipan mereka.

Beliau berkata demikan semasa ucapan rasminya pada National Tax Conference 2024, di sini pada Isnin.

Hutang negara Malaysia telah menunjukkan trend menurun dalam tiga tahun kebelakangan ini dari RM100 bilion kepada RM93 bilion tahun lalu.

 

Author

Pilihan Editor