HomeBeritaKadar pelancong antarabangsa bertambah baik

Kadar pelancong antarabangsa bertambah baik

P

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, data sehingga Mei 2024 telah menunjukkan prestasi yang baik dari aspek kedatangan pelancong antarabangsa, iaitu 9.48 juta berbanding 7.48 juta pada tahun 2023, pada tempoh yang sama.

Menurut beliau, kerajaan telah merangka dan melaksanakan beberapa strategi bagi meransang industri pelancongan negara bagi meneruskan momentum pemulihan dan memacu industri pelancongan negara ke arah yang positif.

Beliau juga menjangka jumlah tersebut akan terus meningkat pada suku tahun ketiga dan keempat, berdasarkan kepada rekod dan data dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus bersama para penggiat industri pelancongan bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026, pada Jumaat.

Author

Pilihan Editor