HomeBeritaKanak-kanak termakan jajan racun tikus meninggal dunia

Kanak-kanak termakan jajan racun tikus meninggal dunia

KULIM: Kanak-kanak, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, yang kritikal selepas termakan makanan ringan disaluti racun tikus meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi tadi.

Muhammad Akil Syauqi menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd Khairi sebentar tadi.

Muhammad Akil Syauqi dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, sebelum ini dilaporkan kritikal selepas makan jajan yang dicampur racun tikus yang diambil berdekatan rumah mereka di Kampung Padang Ubi di Labu Besardi sini pada Ahad lalu.

Jajan tersebut diletakkan oleh pekebun bagi memerangkap monyet di kawasan berkenaan.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Author

Pilihan Editor