HomeMalaysia Airports lancar kempen beli-belah nilai RM1 juta

Malaysia Airports lancar kempen beli-belah nilai RM1 juta

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports melancarkan sebuah kempen beli-belah ‘Licence to Win’ (LTW), yang berlangsung dari 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024, berpeluang memenangi hadiah baucar sebanyak RM1 juta.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersil, Hani Ezra Hussin berkata, initiatif tersebut sejajar dengan strategi komersil mereka untuk meningkatkan pengalaman beli-belah dengan tawaran istimewa yang lebih menarik.

Beliau juga berharap dengan kedai-kedai yang baru dibuka di sekitar bangunan lapangan terbangan itu dapat meningkatkan suasana keseluruhan dan menyediakan pelbagai pilihan beli-belah yang memenuhi citarasa setiap pengunjung.

Kempen tersebut akan dilaksanakan di KUL Terminal 1 & 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).

Terdapat pelbagai hadiah yang disediakan, iaitu hadiah utama: baucar beli-belah bernilai RM1 juta, hadiah pertama: boucar beli-belah bernilai RM50 ribu, hadiah kedua boucar bernilai RM30 ribu, hadiah ketiga boucar bernilai RM20 ribu, dan hadiah bulanan sebanyak RM2 ribu untuk setiap 4 pemenang bulanan. Terdapat hadiah bonus boucar khas untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Langkawi dan Kuching.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di https://licencetowin.com.my

Author

Pilihan Editor