HomeSukanMenteri KBS, MSAF, lancar aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS)

Menteri KBS, MSAF, lancar aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS)

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bersama Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) Nurhaqimy Ismail telah melancarkan sebuah aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) dalam satu majlis pelancaran di sini, pada Khamis.
Menurut Presidenya MSAF itu, pembangunan aplikasi tersebut adalah usaha kolektif bersama rakan-rakan strategic, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Identex Digital, AIM Aerial Technologies, Futurise Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dan Generali Insurance Malaysia Berhad.

msaf

Menurutnya, aplikasi tersebut menyepadukan pelbagai fungsi, termasuk pengurusan lesen, sijil, kedudukan individu, sistem SOS, penjejakan langsung, buku log, dan lain-lain. Ia juga menyatukan semua keperluan komuniti sukan udara dalam satu platform yang boleh diakses dan mesra pengguna.
Majlis tersebut turut dirasmikan secara simbolik dengan lontaran kapal terbang kertas oleh para delegasi ke arah pentas dewan tersebut.

Author

Pilihan Editor