HomeSukanPakaian rasmi kontinjen Malaysia umum pada Rabu

Pakaian rasmi kontinjen Malaysia umum pada Rabu

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan bahawa pakaian rasmi kontinjen Malaysia untuk majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan diumumkan pada Rabu hadapan.

Beliau berkata bahawa pakaian perbarisan yang baru ini akan menjadi detik kebanggaan kerana ia akan menggabungkan ciri-ciri yang mencerminkan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia.

Beliau juga yakin terhadap hasil rekaan fesyen tempatan terkenal, Rizman Ruzaini, yang telah mengambil alih projek rekaan tersebut sejak bulan lalu.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan aplikasi Sports Aviation Management System (SAMS) oleh Persekutuan Penerbangan Sukan Malaysia (MSAF) di sini pada Khamis.

Author

Pilihan Editor