HomeBeritaPeringatan tegas sempena PRK Sungai Bakap - Fahmi

Peringatan tegas sempena PRK Sungai Bakap – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil mengingatkan semua parti bahawa elak daripada ‘bermain’ dengan konten yang berunsur provokatif.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan daripada beberapa individu dari Sungai Bakap.

Menurut beliau, tindakan selanjutnya akan dibuat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan mereka yang terlibat melalui nombor telefon yang dikesan dalam konten tersebut.

“Saya minta semua pihak untuk berkempen dengan sihat,” tegas Fahmi mengakhiri sidang media tersebut.

Beliau juga menyeru semua pihak berhenti aktiviti kempen masing-masing dari jam 12.30AM malam ini. Beliau berkata demikian di sebuah sidang majlis khas di Putrajaya hari ini.

Author

Pilihan Editor