HomeBeritaRM1 juta, pangsapuri mewah, menunggu juara pertama Sukan Olimpik Paris 2024.

RM1 juta, pangsapuri mewah, menunggu juara pertama Sukan Olimpik Paris 2024.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hari ini mengumumkan dua penaja utama yang akan memberikan tajaan istimewa kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama Malaysia.

Menurut beliau, usaha ini akan menyuntik semangat dan motivasi kepada atlet negara yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, dan tajaan ini merupakan usaha bersama antara kerajaan dan pihak swasta untuk memastikan atlet negara dapat memberikan aksi terbaik di bumi Paris nanti.

Dua penaja yang telah menyatakan komitmen mereka adalah Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove, serta En. Lim Kim Heng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Senheng New Retail Berhad.

Pangsapuri yang ditawarkan adalah sebuah pangsapuri servis bernilai RM1 juta di Top Residency Setia Alam, manakala wang tunai RM 1 juta adalah sumbangan peribadi, khas untuk atlet kategori badminton di bawah Program Bakat Badminton SS (2012–2016).

Beliau juga berkata bahawa usaha sama antara kerajaan dan pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan industri sukan negara. Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat akan menyumbang demi kejayaan atlet yang mewakili negara.

Author

Pilihan Editor