HomeBeritaSuspek kes pembunuhan Farah Kartini disambung reman hari ini

Suspek kes pembunuhan Farah Kartini disambung reman hari ini

KUALA KUBU BHARU – Suspek kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan lanjutan reman.

Suspek berusia 26 tahun itu tiba di mahkamah menaiki kenderaan polis dan memakai pakaian lokap berwarna oren.

Sebelum ini, suspek telah direman selama tujuh hari bermula 16 Julai sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laporan terdahulu oleh Kosmo! menyebut mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Bernam.

Penemuan mayat mangsa berlaku selepas pihak polis menahan suspek, yang juga seorang anggota polis, berikutan laporan kehilangan mangsa pada 10 Julai lalu.

Author

Pilihan Editor