HomeBeritaTambahan RM2 juta buat industri bioteknologi

Tambahan RM2 juta buat industri bioteknologi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumum peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi program ‘Bio-based Accelerator’ atau BBA, dibawah agensi peneraju bio – Bioeconomy Corporation.

Beliau berkata, usaha ini akan meningkatkan penempatan graduan STEM sebanyak 80% hingga tahun 2030.

Menurut beliau, kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan syarikat Bioeconomy Corporation, dan juga syarikat-syarikat berstatus BioNexus, akan memastikan pengambilan tenaga kerja berkelayakan tinggi dari bidang STEM, dan meningkatkan tahap inovasi dan pembangunan dalam sektor bioekonomi negara.

Beliau juga berkata bahawa usaha tersebut perlu diperhebatkan lagi dalam pelaksanaan dasar-dasar itu untuk mempromosikan sektor bioteknologi dan berasaskan bio untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian NBiOSHOWCASE 2024 di Pusat Dagangan Putra WTC, pada Rabu.

Author

Pilihan Editor