HomeBeritaZahid sempurnakan Anugerah Program Felda Berselawat

Zahid sempurnakan Anugerah Program Felda Berselawat

SERDANG – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan Program Felda Berselawat sempena Hari Peneroka Felda 2024, yang turut diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada Jumaat.

Beliau diiringi oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar, serta Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Dalam program tersebut, beliau turut menyampaikan Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam Felda (ATIF) sebagai tanda penghargaan kepada Masjid Nurul Iman Felda Palong 9, 10, dan 11 Segamat, Johor, dan Imam Saiful Anam Alisaa dari Masjid Felda Sungai Behrang, Perak.

Turut hadir adalah seramai 1500 pengunjung, kebanyakan yang berasal dari kawasan Felda seluruh Malaysia. Hari Peneroka disambut pada 7 Julai setiap tahun sebagai tanda penghormatan buat peneroka Felda, yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.

Authors

Pilihan Editor