HomeNiaga4324 laman web ‘disekat’ sejak 2018 – Armizan

4324 laman web ‘disekat’ sejak 2018 – Armizan

Gambar: KPDN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata sebanyak 4,324 laman web telah disekat atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2018.

Menurut beliau, antara laman sesawang yang telah disekat ialah melibatkan penjualan barangan tiruan, pengedaran karya cetak rompak seperti filem dan perisian komputer serta penawaran jualan langsung yang berunsurkan skim piramid.

Beliau berkata bahawa pihaknya akan terus memperhebat tindakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi urus niaga yang dilakukan secara dalam talian bagi melindungi pengguna daripada manipulasi peniaga yang tidak beretika.

“Ini penting untuk melindungi kepentingan pengguna dan sekali gus mewujudkan persekitaran perdagangan dalam negeri yang sihat dan progresif,” katanya.

Author

Pilihan Editor