Atlet dan Jaguh Basikal Trek Negara Datuk Azizulhasni Awang menghadapi kekecewaan besar apabila beliau tersingkir dari saringan pertama acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas penyertaannya dibatalkan serta merta.
Kejadian tersebut berlaku apabila beliau didakwa melintas pacer terlalu awal, iaitu salah satu ‘pantang-larang’ peraturan tersebut, dan turut menyebabkan penyertaannya dalam perlumbaan tersebut dibatalkan.
Keputusan itu mengejutkan ramai peminat yang mengharapkan prestasi cemerlang daripada ikon sukan negara itu.
Sementara itu, pelumba Matthew Glaetzer dari Australia, dan Jeffrey Hoogland dari Belanda berjaya mara ke pusingan suku akhir selepas masing-masing menamatkan saringan pertama tersebut di kedudukan pertama dan kedua.