HomeNiagaLotus’s rasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia 2024

Lotus’s rasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia 2024

Gambar: KPDN

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) peringkat Lotus’s Malaysia di pasaraya cawangan Shah Alam itu.

Menurut beliau, usaha tersebut melonjakkan keupayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menghasilkan barangan tempatan melalui KBBM.

Syarikat tersebut yang merupakan salah satu daripada 16 syarikat peruncitan utama dan tiga pengendali platform dalam talian yang terlibat dalam KBBM.

KPDN turut menyediakan pelbagai platform pembangunan antaranya Program Latihan Pembangunan Perniagaan, Program Padanan Perniagaan dan Penandaan Logo Barangan Malaysia yang memberi tumpuan terhadap peningkatan kemahiran dan pertumbuhan perniagaan PMKS tempatan.

Gambar: KPDN

Turut menghadiri majlis ini ialah Ketua Setiausaha KPDN Datuk Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, dan. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman bin Adam.

Author

Pilihan Editor