Pasangan beregu wanita badminton negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, terpaksa akur apabila gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan pasangan Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Pasangan dari Jepun itu dapat mengambil kesempatan daripada beberapa detik yang dikenali sebagai “Unforced Error”, iaitu kehilangan mata atas permainan yang lemah walaupun tidak berada dalam tekanan langsung, seperti kekurangan tumpuan, kesalahan teknikal, atau kurang kesedaran taktikal.
Sorotan dari aksi badminton di gelanggang Porte de La Chapelle Arena tersebut diberi kepada pasangan Jepun apabila mereka berjaya memasuki perlawanan seterusnya dengan keputusan 21-11 ‘straight set’ bagi kedua-dua set.
Namun demikian, Pearly dan Thinaah dapat mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai beregu wanita pertama negara ke separuh akhir di pentas Sukan Olimpik.