HomeBeritaViralPelaburan forex disyaki punca pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah

Pelaburan forex disyaki punca pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah

Alor Gajah: Seorang kenalan lama ketika menuntut di universiti disyaki menjadi dalang di sebalik pembunuhan tragis Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemui dalam keadaan tanpa kepala di dalam tong sampah di tepi longkang di Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang pada 31 Disember lalu. Suspek yang juga seorang bekas guru sebelum berhenti dan menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan berkaitan pelaburan Forex dengan mangsa, yang merupakan seorang guru di Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor. Mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 26 Disember 2023.

Kereta mangsa, yang juga ibu kepada tiga anak, ditemui di kawasan pasar raya Lotus Kota Masai, Pasir Gudang, pada jam 2 petang pada 27 Disember tahun lalu. Hasil siasatan intensif oleh pihak polis sejak penemuan mayat tanpa kepala pada 31 Disember lalu, membawa kepada penangkapan sepasang suami isteri di Chemor, Perak. Mereka telah direman sejak 6 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, mengesahkan bahawa identiti mayat yang ditemui tanpa kepala itu adalah milik Istiqomah Ahmad Rozi, 33 tahun. Penemuan ini hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Bahagian Data Bank/DNA (D13), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, yang sepadan dengan DNA ibu mangsa. Mayat yang tidak lengkap, termasuk kedua-dua tangan dan kaki, ditemui oleh orang awam pada 31 Disember 2023.

Bertindak atas maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menjalankan operasi risikan. Polis kemudiannya menahan pasangan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor, Perak pada 5 Ogos lalu dan suspek lelaki direman selama enam hari bermula 6 Ogos lalu hingga hari ini.

Menerusi siasatan lanjut yang dijalankan ke atas suspek, polis berjaya menemui sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari tempat mayat asal mangsa dijumpai,” tambahnya. Ashari turut menjelaskan bahawa suspek lelaki adalah kenalan lama mangsa dan mereka sering berhubung berkaitan pelaburan Forex.

“Reman ke atas suspek lelaki disambung selama tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan, manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes ini. Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya. Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Al

Author

Pilihan Editor