HomeBeritaPerdana Menteri Bangladesh meletak jawatan, lari ke Delhi sebelum London

Perdana Menteri Bangladesh meletak jawatan, lari ke Delhi sebelum London

 

Gambar: Russell Watkins/Department for International Development.

DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, telah meletak jawatan hari ini dan melarikan diri dari negara tersebut. Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Waker-Us-Zaman, menyatakan dalam satu siaran televisyen bahawa beliau telahpun melarikan diri bersama adiknya dari negara itu.

Menurut sumber media, beliau bersama adiknya Sheikh Rehana telah dipindahkan dari kediaman rasmi mereka melalui helikopter tentera ke Lapangan Terbang Dhaka. Mereka seterusnya berlepas ke India menggunakan pesawat tentera jenis Lockheed Martin C-130J (AJAX1431).

Hasina dilaporkan telah mendarat dengan selamat di Pangkalan Udara Hindon di Delhi, India. Beliau juga dijangka akan meneruskan perjalanannya ke London, England.

Menurut Jeneral Tentera itu, sebuah kerajaan sementara akan dibentuk sehingga pilihan raya yang seterusnya.

Author

Pilihan Editor